Modul STI 100³

Apa itu Program STI 100³?


Pengenalan

Program STI 100³ merupakan inisiatif pembudayaan STI yang direka bentuk untuk melibatkan penyertaan aktif 100 saintis tempatan di 100 buah sekolah dalam tempoh 100 hari bagi setiap kitaran pelaksanaan.”

Objektif

  • memupuk, meningkat dan memperkasakan kesedaran serta minat terhadap bidang STI di kalangan kumpulan sasaran program;
  • meningkatkan aktiviti pembudayaan STI dan penggunaan aplikasi pengetahuan STI di kalangan golongan masyarakat yang terlibat;
  • memastikan kemahiran dan kepakaran Saintis dimanafaatkan secara optimum dalam membantu dan membimbing kumpulan sasaran program; dan
  • mewujud dan mengukuhkan kolaborasi strategik dalam bidang STI di kalangan semua pihak yang terlibat dengan program.
Garis Panduan Daftar sekarang

Pencalonan Saintis

Pencalonan sebagai Saintis atau cadangan padanan Saintis bersama sekolah adalah terbuka kepada:

  • Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan (termasuk MOSTI) dan Kerajaan Negeri;
  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS);
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan di bidang STI;
  • Organisasi Swasta yang berkaitan di bidang STI;
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG);
  • Penggiat STI termasuk persatuan pelajar/ komuniti;
  • Pihak-Pihak Lain yang berkepentingan dan berkaitan; dan
  • Saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang STI.