Dokumen ini menetapkan terma, syarat dan penafian liabiliti yang mengawal penggunaan Sistem Permohonan Program Pembudayaan STI MOSTI (S3PM).
1. Pengenalan Sistem
Sistem Permohonan Program Pembudayaan STI MOSTI (S3PM) merupakan sebuah platform digital bersepadu yang dibangunkan bagi mengurus proses permohonan, pemantauan serta pelaporan program-program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di bawah seliaan Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), iaitu Program STEM Camp dan Program STI 100³.
2. Penerimaan Terma dan Syarat
Dengan mengakses dan menggunakan Sistem S3PM, pengguna adalah dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan.
3. Skop Penggunaan Sistem
Sistem S3PM hendaklah digunakan semata-mata bagi tujuan pengurusan permohonan, pemantauan pelaksanaan serta pelaporan program yang berkaitan sahaja. Sebarang penggunaan di luar skop yang dibenarkan adalah tidak dibenarkan.
4. Tanggungjawab Pengguna
Pengguna bertanggungjawab memastikan semua maklumat yang dikemukakan melalui Sistem S3PM adalah tepat, lengkap dan terkini. MOSTI berhak menolak, membatalkan atau mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang permohonan yang mengandungi maklumat palsu, mengelirukan atau tidak lengkap.
5. Keselamatan dan Kerahsiaan Data
Semua data dan maklumat yang dikemukakan dalam Sistem S3PM adalah tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta dasar keselamatan ICT Kerajaan Malaysia. Pengguna adalah dilarang mendedahkan maklumat akses sistem kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis.
6. Hak MOSTI
MOSTI berhak untuk mengemas kini, mengubah suai, menggantung atau menamatkan akses Sistem S3PM pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu bagi tujuan penambahbaikan, keselamatan atau keperluan operasi.
7. Had Liabiliti
MOSTI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan atau gangguan yang timbul akibat penggunaan Sistem S3PM, termasuk tetapi tidak terhad kepada kegagalan sistem, capaian rangkaian atau kehilangan data yang berada di luar kawalan munasabah MOSTI.
8. Pematuhan Piawaian Kerajaan
Sistem S3PM dibangunkan, dilaksanakan dan diurus selaras dengan piawaian, garis panduan serta keperluan tadbir urus dan keselamatan ICT yang ditetapkan oleh Jabatan Digital Negara (JDN) dan Kerajaan Malaysia.
9. Pindaan Terma dan Syarat
Terma dan Syarat ini boleh dipinda dari semasa ke semasa tanpa notis. Penggunaan berterusan Sistem S3PM selepas pindaan dibuat adalah dianggap sebagai penerimaan terhadap terma yang dikemas kini.