Soalan Lazim (FAQ)

Maklumat ringkas berkaitan pelaksanaan Program STEM Camp

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal serta memupuk minat peserta terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif. Ia membantu peserta mengenal pasti potensi diri serta hala tuju kerjaya dalam bidang berkaitan.

Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama institusi pengajian, agensi kerajaan serta pihak industri bagi memastikan pelaksanaan program yang berkesan melalui perkongsian kepakaran dan sumber.

Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk lawatan sambil belajar, bengkel teknologi seperti penggunaan dron dan pencetak 3D, aktiviti kemasyarakatan, demonstrasi sains, pertandingan inovasi mini serta kuiz STEM bagi menggalakkan pemikiran kreatif dan minat terhadap STI.

Modul disampaikan oleh tenaga pakar melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan praktikal bagi membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan secara langsung serta meningkatkan kefahaman terhadap subjek STEM.

Terdapat kemungkinan segelintir peserta menghadapi cabaran, khususnya dari aspek kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Sokongan tambahan seperti bimbingan individu atau kumpulan kecil boleh disediakan bagi memastikan keberkesanan pembelajaran.

Ya, pelaksanaan program pernah terjejas akibat faktor luar seperti bencana banjir. Oleh itu, pelan kontingensi serta penjadualan semula yang fleksibel disediakan bagi mengurangkan kesan gangguan.

Program ini dilaksanakan mengikut perancangan tahunan dan disarankan dijalankan sebelum musim tengkujuh bagi mengelakkan gangguan cuaca.

Guru berperanan sebagai fasilitator tambahan bagi membantu peserta memahami modul, memastikan kelancaran pembelajaran serta menyokong motivasi dan disiplin peserta sepanjang program.

Tidak. Sebarang bentuk promosi atau pemasaran tidak dibenarkan sepanjang program berlangsung. Sebarang hebahan hanya dibenarkan secara terhad, beretika dan tertakluk kepada kelulusan rasmi penganjur.

Penambahbaikan termasuk pemilihan tarikh yang lebih sesuai, penglibatan awal guru dan urus setia, penstrukturan semula aktiviti agar lebih seimbang serta pengenalan sistem penilaian impak program bagi menilai keberkesanan pelaksanaan.
Sumber: Garis Panduan Permohonan Tajaan STEM Camp MOSTI 2025 (v7.0)