Apa itu Program STEM Camp?
Pengenalan
Program STEM Camp MOSTI adalah inisiatif pembudayaan STI berbentuk sokongan kewangan dan sumbangan dalam bentuk in-kind kepada penganjur aktiviti dan program berasaskan hands-on, yang direka untuk meningkatkan minat, pengetahuan, dan kemahiran pelajar sekolah serta belia dalam bidang STI.
Objektif
- Memperkasakan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) ke arah mengetengahkan sains, teknologi dan inovasi (STI) dalam menangani isu-isu rakyat;
- Menyebarluaskan kesedaran mengenai kepentingan bidang STEM dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia; dan
- Meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran dalam aplikasi berkaitan bidang STEM.
Kategori Pemohon Tajaan
Permohonan tajaan ini adalah terbuka kepada:
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG);
- Persatuan pelajar/ komuniti;
- Badan bukan kerajaan (NGO); atau
- Agensi/syarikat swasta yang melaksanakan aktiviti kesedaran dan pembudayaan STI
Jumlah Tajaan
Permohonan tajaan kewangan maksimum bagi setiap program ini adalah sebanyak
RM15,000.00
Jumlah peruntukan yang diluluskan bagi setiap permohonan adalah bergantung kepada penyelarasan kos yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa berdasarkan kesesuaian dan kandungan program.